Thursday 10 December 2015

Resepi Chocolate Chip Cookies 

Assalamualaikum and hai. 204th day :)
Harini nak share resepi chocolate chip cookies. (rindu rumah hmm >,<)

OKay let's get started.

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar @ susu tepung
1/2 sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak) (optional)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
1/2 sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond (boleh ganti biji bunga matahari) (optional)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

*satu adunan akan dapat lebih kurang 50 keping biskut :)
Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

4) Kalau tak suka cookies perisa coklat dan tak suka kacang. Tak perlu masukkan serbuk koko dan kacang. Hasilnya kita akan dapat cookies perisa original :) (still sedap)

*resepi asal : azie kitchen
                                   -Selamat Mencuba-

1 comment:

  1. Casino & Resort Las Vegas NV Jobs, Employment | JRMH
    Find the 아산 출장마사지 perfect Casino & 충청북도 출장샵 Resort jobs near you 제천 출장샵 from 8 a.m. 남원 출장샵 to midnight, and start winning at our award-winning table 동해 출장샵 games!

    ReplyDelete