Tuesday 8 December 2015

RESEPI CHEESE TART ^.~


Assalamualaikum. 199th day <3
test 2 da tamat horayy !
disebabkan sekarang tengah stay dekat kolej.. rasa craving cheese tart buatan rumah muahaha..
sebab kalau buat sendiri boleh letak filling suka hati. cream cheese banyak2 wuuuuuu
so harini nak share resepi yg selalu guna kalau nak buat cheese tart :)

A) Untuk shell dia :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

B) Untuk Cream Cheese :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

~Shell~
Okay mula2 mestilah kena buat shell dulu sebab crem cheese tu ambil masa sat ja :)

#Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.(Jangan putar lama sangat)
#Masukkan telur dan esen vanilla.
#Putar lagi dengan senduk kayu.
#Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
#Uli hingga menjadi doh yang lembut. (Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh)
*Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
#Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
#Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
#Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

~Filling~

Masukkan apa2 sahaja filling yg kita suka ke dalam shell yg telah sejuk selepas dibakar..
Contohnya : blueberry, strawberry, nutella <3 pun boleh ataupun cairkan chocolate bar hoho. filling boleh buat sendiri atau boleh dibeli di kedai2 kek :)

~Cream Cheese~

OKay lepas masukkan filling.. bolehla teruskan prepare cream cheese..
#Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. (JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik)
#Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
#Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
#Masukkan cream cheese sehingga penuh shell cheese tart tu 
*guna piping bag sangat membantu*

Untuk stabilkan bilangan cheese tart yg akan dibuat. buatlah 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese


Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais barulaa sedap dimakan fresh heheeh.

Okeh ni nak belanja gambar sikit :D
Cream cheese kedut >,<

Cheese tart in the oven 

Tadaaaa :3

SELAMAT MENCUBA . tatata <3



1 comment:

  1. How to Win at Online Baccarat - Fastest Growing Casino
    How to 바카라 사이트 win at online baccarat. Learn 바카라 the rules of casino slots, online table games, casino poker หาเงินออนไลน์ and blackjack. Learn how to win real money.

    ReplyDelete